• faq
  • contact

Soalan Lazim

Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan graduan setelah tamat pengajian. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing.
Semua graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) negara dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang akan berkonvokesyen pada tahun semasa.
1. Layari laman sesawang rasmi Portal GREaT KPT
   - Klik SKPG
    

2. Lengkapkan maklumat berikut:
   a) No. Kad Pengenalan/Pasport/Tentera
   b) Nama Institusi
   c) Klik butang hantar
    

3. Lengkapkan maklumat dalam kaji selidik:
   - Bahagian A hingga Bahagian G

4. Tamat
   - Slip kaji selidik
    

Hasil tinjauan mendapati, responden hanya perlu memperuntukkan masa selama 15 - 20 minit sahaja bagi menjawab soal selidik yang disediakan. Ia merupakan satu masa yang singkat namun dapatan kajian ini dapat membantu negara merancang inisiatif bermanfaat buat para graduan.
Instrumen kajian telah dibangunkan dan disemak oleh pakar dari semua jenis IPT dan industri. Namun di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar untuk membekal semua soalan relevan dengan semua kumpulan. Oleh itu, diharap anda akan cuba menginterpretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda.
KPT sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan kepada graduan bagi meningkatkan peluang kebolehdapatan kerja graduan dengan kerjasama terutama industri seperti PENJANA-KPT CAP, JobMatching@GREaT dan lain-lain. Sila layari portal GREaT yang merupakan portal sehenti kepada graduan untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Sila semak nombor kad pengenalan/pasport/tentera anda. Pastikan nombor yang dimasukkan adalah sama seperti dalam rekod institusi anda dan menepati format yang ditetapkan (Cth: No. KP: 880808144444). Sekiranya semua maklumat tersebut tepat, tetapi anda tidak berjaya log masuk, sila email ke skpgaduan@mohe.gov.my.
Sila layari graduan.mohe.gov.my/update bagi tujuan mengemaskini status pekerjaan dan maklumat pekerjaan anda. Masa yang diperlukan hanya kurang daripada 5 minit.
Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai SULIT. Respons anda akan digunakan sebagai rumusan dalam laporan kajian.
[ Kembali ]